Kg. Gelong Bilal yg terletak di Jalan Pasir Panjang mendapat namanya daripada Bilal Sulaiman yang pernah menjadi bilal di Masjid Kg. Bukit Bayas
kerana di Kg. Gelong Bilal ketika itu tiada terdapat masjid. Bilal
Sulaiman mempunyai seorang anak lelaki bernama Abdullah yang turut
mengikut jejak Bilal Sulaiman menjadi bilal di masjid yang sama.
Manakala Bilal Abdullah pula mempunyai dua orang anak perempuan iaitu
Halimah dan seorang lagi bernama Hitam (iaitu ibu kepada Tuan Haji
Mohamed Bin Sulong)
Pada suatu ketika, Bilal Sulaiman
dikatakan telah pergi mengembara dengan membawa bersama-sama
kitab-kitabnya di suatu tempat (tidak dapat dipastikan di mana tempat
itu) di Negeri Perak untuk melanjutkan pelajaran beliau. Tiba-tiba
beliau telah diserang oleh lanun dalam pejalanan beliau melalui laut,
Perahu layar yang dinaiki oleh beliau telah tenggelam bersama-sama
dengan penumpang-penumpang perahu layar yang lainnya. Kebanyakan
orang-orang kampung ketika itu mempercayai Bilal Sulaiman telah mati
akibat kejadian tersebut sehingga 4 bulan yang berikutnya barulah mereka
mendapat perkhabaran bahawa Bilal Sulaiman masih lagi hidup dan sedang
berada di Negeri Perak.
Mengikut ceritanya, dengan
kehendak Allah s.w.t. Bilal Sulaiman telah tenggelam dalam masa lebih
kurang 40 hari di dalam lautan yang mana beliau kekal hidup tetapi badan
beliau telah dipenuhi dan diseliputi dengan bahan-bahan laut. Bilal
Sulaiman telah menceritakan keadaan bagaimana beliau merasakan bahawa
air laut yang menggelilinginya tidak sampai ketubuh beliau sehinggakan
dapat bemafas sebagaimana lazimnya dan juga tidak berasa lapar selama
tempoh tersebut Lama-kelamaan beliau telah dihanyutkan oleh air laut dan
sampai kesuatu pantai dimana beliau telah dibantu oleh orang-orang di
tempat itu.
Menurut Tuan Haji Mohamed lagi bahawa ketika itu Bilal Sulaiman ada membawa bersama-sama dengan beliau sebilah badik yang terselit di pinggang beliau. Namun pakaian yang telah dipakai oleh Bilal Sulaiman selama 40 hari itu telah koyak rabak. Badik tersebut kini masih tersimpan baik dalam simpanan beliau sebagai pewaris iaitu cicit kepada Bilal Sulaiman. Selepas kejadian tersebut, Bilal Sulaiman telah pulang ke Negeri Terengganu dimana beliau telah meninggal dunia semasa berumur lebih kurang 120 tahun. Semasa umur lanjutnya, Bilal Sulaiman dikatakan mempunyai kesihatan tubuh badan yang sihat anugerah IlLahi dimana deria pendengaran dan penglihatan beliau baik sebagaimana orang lainnya.
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama